27.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kes Zara Qairina: AGC serah semula laporan siasatan awal pada polis

    Shopee Sale

    Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memulangkan semula laporan penuh siasatan awal berhubung kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir kepada polis untuk dilengkapkan sebelum mengambil tindakan lanjut.

    Peguam Negara Mohd Dusuki Mokhtar berkata laporan itu diserahkan semula semalam berserta arahan berhubung beberapa perkara untuk dibuat penelitian.

    "Kita telah beri arahan tertentu, maknanya ada beberapa benda kita perlu compile balik. Saya tidak boleh nak cakap secara terperinci kerana siasatan masih dijalankan tetapi ada perkara yang perlu dilengkapkan. 

    "Saya tidak boleh maklumkan tindakan yang akan diambil buat masa ini termasuk melaksanakan bezah siasat atau inkues menyiasat kematian mangsa,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Menghormati Pelantikan Ketua Hakim Negara Wan Ahmad Farid Wan Salleh di Istana Kehakiman Putrajaya hari ini.

    MENARIK:  Persiapan istiadat pengebumian negara Pak Lah berjalan lancar

    Isnin lepas, AGC memaklumkan pihaknya telah menerima laporan penuh siasatan awal berhubung kes itu pada 3 Ogos di Cawangan Sabah dan 4 Ogos di Ibu Pejabat Jabatan Peguam Negara di Putrajaya.

    Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai lepas.

    Pelajar itu dibawa ke hospital terbabit selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 4 pagi, 16 Julai.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah