27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kes tembak di Golok: Suspek rancang serangan bersama adik – polis

    Shopee Sale

    Suspek yang menembak mati seorang rakyat Malaysia di pekan Sungai Golok, Thailand, pada Sabtu lepas melakukan serangan itu bersama adiknya.

    Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata berdasarkan maklumat, selepas serangan adiknya melarikan diri dan masih bebas.

    Beliau berkata kedua-dua mereka dianggap berbahaya kerana mampu menggunakan senjata api dan menembak mangsa dengan kejam.

    "Maklumat kita peroleh daripada polis Thailand suspek utama ditahan selepas menyerah diri kira-kira 6 petang (waktu tempatan Thailand) semalam.

    “Selain itu, polis menyiasat mengenai dakwaan suspek dikatakan mempunyai dua kerakyatan," katanya ketika dihubungi hari ini.

    Mohd Yusoff berkata polis tidak mempunyai rekod melibatkan suspek di Malaysia namun akan melakukan siasatan lanjut berpandukan maklumat yang bakal diperolehi.

    MENARIK:  ‘Tahun hilang’ hak 40% Sabah: Hajiji enggan cabar pendirian PM

    “Buat masa sekarang kita sedang menunggu maklumat daripada polis Thailand termasuk latar belakang suspek,” katanya.

    Menurutnya, polis turut mengetatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand termasuk melakukan sekatan jalan raya bagi mengesan adik suspek.

    Hari ini, Bernama melaporkan suspek yang juga bekas pemain import pasukan bola sepak Kelantan, telah menyerah diri kepada polis Thailand semalam.

    Semalam, Bernama melaporkan seorang lelaki rakyat Malaysia maut ditembak dalam kejadian di sebuah rumah di pekan Sungai Golok, Narathiwat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah