23.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 23, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kes rasuah dikaitkan Mohamad Ali ketika dia dalam Umno – Tun Faisal

    Shopee Sale

    Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz berkata laporan beberapa media bahawa timbalannya, Mohamad Ali Mohamad ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah tidak memberi gambaran yang tepat.

    Ini kerana katanya, dakwaan yang dibuat SPRM adalah berkaitan pemberian konsesi pada 2021 hingga 2023, ketika Mohamad Ali merupakan ketua bahagian Umno dan timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara.

    "Tajuk berita "SPRM tahan timbalan ketua penerangan Bersatu atas dakwaan rasuah" tidak memberi gambaran dan konteks yang betul mengenai penahanan bekas timbalan speaker dan bekas ketua Umno bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali bin Mohamad.

    "Saya ada menghubungi pihak peguam yang mewakili Datuk Seri Ali dan kami dimaklumkan bahawa dakwaan yang dibuat oleh SPRM adalah berkaitan pemberian konsesi pada tahun 2021 sehingga tahun 2023, iaitu semasa pentadbiran negeri berada di bawah kerajaan Barisan Nasional dan Ketua Menteri Melaka ketika itu adalah pemimpin Umno.

    "Semasa itu Datuk Seri Ali sendiri masih merupakan Ketua Bahagian Umno dan Timbalan Yang Di Pertua Dewan Negara (10 Disember 2020 sehingga 10 Mei 2023).

    MENARIK:  Harga beras import dari India berjaya diturunkan hasil rundingan - Anwar

    “Oleh sebab itu, tajuk yang lebih tepat adalah "SPRM tahan Bekas Timbalan Speaker atas dakwaan rasuah," atau "SPRM tahan Bekas Ketua Bahagian Umno atas dakwaan rasuah"," katanya dalam satu kenyataan.

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah