29.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kes hubungan guru dengan murid – Polis rakam keterangan enam orang

    Shopee Sale

    Polis merakam keterangan enam individu bagi membantu siasatan berhubung kes seorang guru lelaki sebuah sekolah di Dengkil, Sepang dipercayai mempunyai hubungan ‘istimewa’ dengan anak muridnya berusia 12 tahun.

    Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata individu berkenaan merangkumi mangsa, bapa mangsa, dua guru termasuk suspek dan dua pelajar lain.

    Beliau berkata polis turut merampas telefon bimbit milik mangsa dan suspek untuk dianalisis bagi membantu siasatan.

    “Siasatan hampir selesai dan hanya menunggu laporan perubatan daripada pihak hospital sebelum kita melengkapkan kertas siasatan untuk dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam hari ini.

    MENARIK:  Lubnan boleh jadi seperti Gaza - Setiausaha Agung PBB

    Hussein berkata siasatan awal mendapati mangsa adalah pelajar cemerlang, aktif dalam kokurikulum serta tidak mempunyai masalah disiplin di sekolah.

    “Suspek pula tidak mempunyai rekod salah laku disiplin dan memperoleh penilaian prestasi tinggi sepanjang lima tahun berkhidmat sebagai guru. Suspek juga seorang duda dan bapa kepada tiga anak," katanya.

    Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman dilaporkan berkata pihaknya menerima laporan daripada bapa kandung mangsa pada 26 Februari lepas selepas menyedari anak perempuannya kerap berhubung dengan guru berusia 30-an itu melalui aplikasi TikTok, Love8 dan WhatsApp dalam keadaan mencurigakan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah