33.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kes bunuh Nur Farah: Unit forensik jumpa kunci kereta dalam sungai

    Shopee Sale

    Unit Siasatan Forensik Sub Akuatik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menemukan kunci kereta dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah ketika melakukan pencarian bahan bukti di Sungai Trolak Kampung Batu 4 di Slim River, sebentar tadi.

    Berdasarkan pemerhatian Bernama di lokasi, kunci itu ditemukan oleh seorang penyelam daripada unit berkenaan kira-kira pukul 11.20 pagi pada jarak 50 meter daripada jambatan kecil di sungai itu yang dipercayai menjadi lokasi suspek membuang barangan milik mangsa.

    Terdahulu tiga kenderaan termasuk dua pacuan empat roda tiba di kampung itu bagi menyambung pencarian bahan bukti yang ditangguh pada Jumaat lepas akibat arus deras dan keruh susulan hujan lebat.

    MENARIK:  Umno kekal dalam kerajaan bagi perkukuh agenda Melayu, Bumiputera

    Seramai lima penyelam unit tersebut melakukan pencarian pada radius 300 meter dari jambatan berkenaan.

    Antara barangan milik Nur Farah Kartini yang dicari pada hari ini difahamkan melibatkan kelengkapan solat, beg duit dan pengecas telefon bimbit.

    Nur Farah Kartini, 25, dilaporkan hilang pada 10 Julai lepas sebelum mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Hulu Selangor kira-kira pukul 6 petang pada 15 Julai.

    Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga anggota polis bertugas di Perak kini direman untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah