27.5 C
Kuala Lumpur
Monday, June 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kes abang kelar adik: Roblox ucap takziah kepada keluarga

    Shopee Sale

    Pihak Roblox menyuarakan kesedihan mendalam berhubung insiden seorang kanak-kanak yang cedera parah dikelar abangnya, yang dikaitkan permainan video dalam talian tersebut.

    Jurucakap Roblox mengucapkan takziah kepada keluarga tersebut.

    Kami sedar akan laporan berita di Malaysia dan amat bersedih dengan insiden tragis ini. Takziah kami ucapkan kepada keluarga yang terlibat,” katanya dalam kenyataan kepada Malaysiakini, hari ini.

    Katanya, Roblox komited terhadap aspek keselamatan melibatkan permainan tersebut dan sentiasa berhubung dengan kerajaan.

    MENARIK:  PMO: Insiden bakar karikatur gambaran harapan rakyat mahu basmi rasuah

    “Kami sentiasa berhubung dengan kerajaan di negara ini dan percaya bahawa Roblox memainkan perananan positif dan bermanfaat dalam masyarakat Malaysia, khususnya dalam menyokong pembelajaran dan kreativiti.

    “Walaupun tiada sistem yang sempurna, kami mempunyai rangka langkah keselamatan yang kukuh, proaktif dan pencegahan yang direka untuk menguatkuasakan piawaian komuniti kami serta mengesan dan mencegah sebarang aktiviti berbahaya atau berniat jahat di platform kami,” katanya.

    [Berita lanjut menyusul]


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah