29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, August 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kerjasama BN-PN: ‘Anak bulan’ belum kelihatan di Kelantan

    Shopee Sale

    Di sebalik kerjasama BN-PN dan kejayaan mereka dalam PRN Negeri Sembilan pada Sabtu lalu, perubahan belum menampakkan sebarang tanda di negeri lain yang sedia dikuasai PAS.

    Ketua Pembangkang DUN Kelantan, Mohd Syahbuddin Hashim, berkata setakat ini tiada sebarang arahan diberikan oleh pucuk pimpinan parti terkait kerjasama yang terjalin mutakhir ini.

    Justeru, katanya, kedudukan dia sebagai Adun pembangkang dalam DUN Kelantan kekal seperti sedia ada.

    "Setakat ini kekal dengan sedia ada, tidak ada lagi mana-mana arahan ataupun peruntukan perubahan.

    "(Kerjasama) BN-PN mungkin berlaku di Negeri Sembilan, masih lagi persefahaman untuk masuk ke PRN, tetapi habis PRN masing-masing berjalan seperti biasa," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

    Terdahulu, kerjasama BN-PN membuahkan hasil yang signifikan selepas berjaya merampas pentadbiran kerajaan negeri dengan melepasi dua per tiga majoriti DUN Negeri Sembilan.

    BN memenangi 18 kerusi, manakala PN meraih tujuh kerusi sekali gus dijangka akan membentuk kerajaan kerajaan negeri secara bersama berbanding PH hanya berjaya mempertahankan 11 kerusinya.

    MENARIK:  Trump lancar wang kripto Trump Meme

    Di Kelantan, Umno mempunyai dua Adun iaitu Syahbuddin (Galas) dan Mohd Asmawi Fikri Abdul Ghani (Nenggiri), manakala PH mempunyai wakil tunggal di DUN Kota lama, Dr Hadfizah Mustakim.

    Ketiga-tiga mereka kini berstatus pembangkang di negeri Cik Siti Wan Kembang itu sejak selepas PRN lalu.

    Syahbuddin berkata, kedudukan Adun Bersatu juga tidak berubah dalam pentadbiran kerajaan Kelantan walaupun PAS sudah memutuskan hubungan dengan parti itu.

    "Kita (Umno) nampak pihak kerajaan negeri pun walaupun PAS sudah memutuskan hubungan dengan Bersatu, tapi nampaknya exco daripada Bersatu masih lagi menjalankan tugas seperti biasa.

    "Jadi soal kedudukan pembangkang dan ketua pembangkang dalam DUN setakat ini masih kekal," katanya.

    Dalam perkembangan berkaitan, Speaker DUN Kelantan Mohd Amar Abdullah tidak memberikan komen lanjut ketika ditanya mengenai kedudukan kerjasama BN-PN di Kelantan dan kedudukan wakil rakyat Umno.

    Naib Presiden PAS itu bagaimanapun hanya memberi reaksi dengan kiasan ringkas.

    "Anak bulan belum nampak"," katanya melalui pesanan WhatsApp kepada Malaysiakini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah