26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kerja penyenggaraan, gantian aset di loji Sg Selangor siap 63.1 peratus

    Shopee Sale

    Kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) sudah 63.1 peratus siap setakat pukul 3 petang tadi.

    Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan memaklumkan segala kerja yang dijalankan ketika ini mengikut jadual yang ditetapkan dan dijangka siap pada 7 malam ini.

    “Para pengguna dijangka menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat bermula 3 pagi, Khamis setelah kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset siap, dan seterusnya apabila sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan.

    “Peratusan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas dijangka mencapai kira-kira 20 peratus pada 3 petang, Khamis diikuti dengan 90 peratus pada 3 pagi, Jumaat,” menurut kenyataan itu.

    Dalam kenyataan sama, Air Selangor turut memaklumkan waktu pemulihan penuh bagi kawasan yang terlibat dianggarkan pukul 12 tengah hari, Jumaat.

    Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung pada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

    MENARIK:  UUM diiktiraf universiti awam nombor satu di Malaysia

    “Air Selangor telah menggerakkan lori-lori tangki air ke premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

    “Para pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi atau saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor melalui talian 15300 atau layari

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah