27.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Keputusan tidak teruskan debat agama tindakan tepat – Aaron

    Shopee Sale

    Keputusan Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M Saravanan tidak meneruskan debat berkaitan agama dengan pendakwah bebas Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu merupakan tindakan amat tepat dalam menjaga keharmonian dan perpaduan negara.

    Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang dalam kenyataan hari ini berkata beliau juga menghargai langkah dan usaha Muhammad Zamri menyambut baik perkara itu.

    Aaron Ago Dagang

    Beliau berkata keputusan itu mengingatkan seluruh masyarakat tentang kepentingan untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang agama, budaya dan bangsa.

    "Semoga keputusan ini dapat menjadi contoh teladan baik kepada kita semua untuk terus berusaha memperkukuh perpaduan dan saling menghormati antara satu sama lain.

    "Keputusan ini adalah satu langkah positif, mengingatkan kita tentang kepentingan menjaga keamanan dan keharmonian dalam negara yang pelbagai, dan wajar dijadikan pedoman bagi generasi akan datang," katanya.

    MENARIK:  Tiada halangan majukan tanah untuk bumiputera di P Pinang - Chow

    Aaron berkata perpaduan bukan hanya sekadar slogan, tetapi harus diterjemahkan dalam tindakan dan sikap seharian, dengan prinsip 'Faham, Hormat, dan Terima' menjadi asas penting kepada perkara itu.

    "Mengambil pendekatan lebih inklusif dan mengamalkan prinsip Faham, Hormat dan Terima membolehkan kita membina masyarakat lebih harmoni dan sejahtera," katanya.

    Media hari ini melaporkan Saravanan memutuskan untuk tidak meneruskan debat berkaitan agama dengan Muhammad Zamri demi menjaga perpaduan negara dan selepas berbincang dengan Menteri Perpaduan serta Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah