27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kepada rakan-rakan bukan Islam yang dihina, saya mohon maaf’

    Shopee Sale

    Peguam dan aktivis hak asasi manusia Siti Zabezah Kasim menyatakan rasa simpati terhadap golongan bukan Islam yang didakwa dihina oleh penceramah agama seperti Zamri Vinoth Kalimuthu.

    “Kepada semua rakan-rakan bukan Muslim yang telah dihina oleh manusia-manusia seperti Zamri Vinoth, saya mohon maaf kepada kamu semua,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

    Sebelum ini Zamri Vinoth mencetuskan kontroversi apabila didakwa menghina agama Hindu dengan menyifatkan pembawa kavadi ketika sambutan Thaipusam seperti orang dirasuk atau mabuk.

    Komen itu dibuat rentetan daripada insiden penyampai radio dari Era FM yang didakwa menghina Hindu dengan menari dan membuat kelakar sambil melaungkan “vel, vel”.

    Dalam sidang media NGO Persekutuan Hak Asasi Manusia Global (GHRF) hari ini, Siti Kasim berkata tidak semua orang Melayu-Islam berperanangai seperti Zamri.

    “Percayalah, bahawa kebanyakan orang Melayu dan orang Islam di Malaysia di negara ini tidak setuju dengan pendakwah-pendakwah begini. 

    “Pendakwah Islam, ustaz, lebai tetapi memburukkan agama orang lain, bangsa orang lain ini.

    “Ini adalah memalukan kepada kami orang Melayu yang rasional,” katanya.

    Sementara itu Timbalan Pengerusi Urimai, David Marshel turut senada dengan Siti Kasim.

    Dia yang juga Pengerusi Yayasan Tamilar Kural Malaysia percaya  90 peratus orang Islam tidak setuju dengan apa yang dilakukan oleh Zamri.

    MENARIK:  JPJ panggil empat petugas Puspakom beri keterangan

    David juga menuntut sembilan anggota parlimen beragama Hindu tampil menyuarakan perkara itu kepada kerajaan.

    “Katalah seorang menghina ibu saya, tak mungkin saya akan pergi ke rumah dia. 

    “Saya akan keluar selama-lamanya, ini pula agama kita, kepercayaan kita,” katanya.

    Kuasa rakyat

    Bagaimanapun, David berkata jika apa yang diusulkan itu tidak dapat dibuat oleh wakil rakyat di negara ini, tiada apa yang lagi yang mampu dilakukan mereka selain menggunakan kuasa rakyat.

    “Kalau mereka tak nak buat, tak apa. Sudah sampai masanya untuk kita (rakyat) membuat pilihan sendiri. 

    “Tak lama lagi pilihan raya kecil (PRK) Ayer Kuning, kemudian pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor, masyarakat India tidak akan rugi kerana 85 peratus kita adalah pekerja, kita bukan ahli perniagaan, kita tak takut kepada kerajaan.

    “Tunjukkan kepada kerajaan, kita akan turun kempen isu ini, selagi mereka ini tidak diambil tindakan kita tak ada pilihan kita akan beritahu rakyat jangan undi kerajaan hari ini,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah