26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kebakaran Putra Heights: Laporan awal dijangka dua minggu lagi

    Shopee Sale

    Pihak berkuasa memerlukan sekurang-kurangnya dua minggu lagi untuk menyediakan laporan awal mengenai kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lalu, kata Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan.

    Dia menjelaskan laporan tersebut bergantung kepada keadaan cuaca, dan kelewatan berlaku disebabkan pihak berkuasa perlu menjalankan kerja-kerja menstabilkan kawasan kejadian sebelum siasatan dapat dilakukan.

    “Oleh kerana letupan telah menyebabkan ketidakstabilan struktur di lokasi kejadian, kerja-kerja untuk stabilkan kawasan perlu dilaksanakan terlebih dahulu,” kata Hussein dalam sidang media di pusat kawalan bencana hari ini.

    MENARIK:  Nahas TLDM: Sultan Pahang titah masjid buat solat jenazah ghaib

    “Selepas itu, kita boleh memeriksa paip dan bukti-bukti lain yang berkaitan untuk mengenal pasti punca letupan,” katanya.

    Hussein berkata, pihak berkuasa akan memulakan analisis terhadap kawah sedalam 10 meter berukuran 21 meter kali 24 meter sebelum 15 April, selepas kerja-kerja penstabilan selesai.

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah