27.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Keabsahan PKR di mata rakyat melangkaui Anwar, kata Rafizi

    Shopee Sale

    Bekas timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli, menolak tanggapan bahawa jawatan dalam kerajaan adalah syarat utama untuk melaksanakan reformasi, sambil menegaskan bahawa perubahan mesti datang daripada masyarakat sendiri.

    Dalam satu hantaran di media sosial hari ini, Rafizi berkata dia tidak pernah percaya bahawa memegang jawatan dalam kerajaan adalah satu-satunya cara untuk mencapai matlamat reformasi.

    "Saya tidak menyertai PKR demi jawatan atau kedudukan menteri, apatah lagi untuk membina kekayaan. Saya faham nasib Anwar Ibrahim berkait rapat dengan PKR, namun saya percaya keabsahan PKR di mata rakyat melangkaui Anwar atau mana-mana individu. Pemimpin datang dan pergi, tetapi idealisme tetap kekal.

    "Saya tidak pernah percaya bahawa memegang jawatan dalam kerajaan adalah satu-satunya cara untuk mencapai matlamat itu. Masyarakat mesti berubah lebih cepat daripada kerajaan untuk merealisasikan sebuah Malaysia yang majmuk dan progresif - cita-cita kita yang masih dalam pembikinan.

    "Walaupun kita telah menyumbang dalam memberi pencerahan dan mematangkan masyarakat Malaysia, kita masih jauh daripada mencapai matlamat yang dijanjikan idealisme itu,” katanya.

    MENARIK:  Kejadian letupan gegarkan ibu kota Venezuela

    Rafizi berkata dia kekal berada dalam PKR selama 27 tahun, lebih lama daripada ramai perintis dan tokoh parti yang lebih kanan.

    Jelasnya, dia terlibat dalam gerakan reformasi kerana idealisme untuk melihat perubahan kerajaan berlaku secara demokratik dan kerana percaya persaingan sihat antara parti-parti politik adalah baik untuk rakyat.

    "Saya percaya rakyat berhak mendapat pasukan terbaik untuk mentadbir negara. Persaingan mengangkat merit dan memaksa ahli politik lebih bertanggungjawab. Ia adalah penawar kepada budaya rasuah yang berleluasa di kalangan ahli politik kerana mereka boleh dihumban dari kuasa," katanya.

    Sebelum ini, Rafizi berikrar akan meletakkan jawatan sebagai menteri sekiranya gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden PKR.

    Malam tadi, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PKR, Dr Zaliha Mustafa, mengesahkan kemenangan Nurul Izzah Anwar dalam pengundian jawatan tersebut.

    Nurul Izzah memperoleh 9,803 undi, menewaskan penyandang jawatan Rafizi yang mendapat 3,866 undi.

    Seramai 32,030 perwakilan layak mengundi dalam pengundian kepimpinan pusat PKR bagi penggal 2025–2028.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah