25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    KDN kenal pasti calon ketua pengarah AKPS – Saifuddin

    Shopee Sale

    Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mengenal pasti calon terbaik untuk mengisi jawatan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), yang kini kosong susulan persaraan Datuk Seri Hazani Ghazali pada 9 Feb lepas.

    Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata proses pengundian calon terbaik untuk mengemudi AKPS telah dibincangkan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas mesyuarat Jemaah Menteri semalam.

    "Dalam tempoh yang munasabah, pengumuman mengenai pelantikan akan dibuat," katanya kepada media selepas menghadiri Program Nilai-Nilai Murni Ihya' Ramadan AKPS 2025 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, malam tadi.

    Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Awang Alik Jeman, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban, dan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) AKPS Datuk Sazali Mohamad.

    Beliau berkata proses pengundian sedang dijalankan dengan teliti, dan beberapa kriteria telah dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, untuk pertimbangan.

    "Sebagai Menteri yang bertanggungjawab ke atas KDN, di bawahnya terletak AKPS, saya terlibat secara langsung dalam penubuhan agensi ini. Oleh itu, saya turut menyampaikan pandangan dari perspektif KDN," katanya.

    MENARIK:  UPSR, PT3 dimansuh bagi kurangkan tekanan akademik pelajar

    Beliau menambah bahawa perbincangan dengan KSN dan pasukan berkaitan mendapati terdapat beberapa kriteria utama yang perlu diberi perhatian dalam pengundian calon.

    "Saya telah menyampaikan kepada Tan Sri KSN... ringkasnya, proses pengundian masih di peringkat merisik, namun mungkin sudah ada calon yang dikenal pasti," katanya.

    AKPS ditubuhkan secara rasmi selepas pewartaan Akta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (Akta 860) pada 17 Okt 2024, dengan Hazani sebagai Ketua Pengarah pertamanya.

    Sebagai agensi tunggal yang bertanggungjawab di sempadan negara, AKPS menyatukan kepakaran dan sumber daripada pelbagai jabatan kerajaan bagi memastikan kawalan keselamatan di semua pintu masuk negara lebih berkesan.

    Agensi ini kini dianggotai 6,000 pegawai dan anggota, termasuk 1,090 pegawai yang diserap daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

    Selain JKDM, pegawai serta anggota daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) turut diserap ke dalam AKPS.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah