29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    KDN buka tempoh khas permohonan kuota pekerja asing mulai 19 Jan

    Shopee Sale

    Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membuka tempoh khas bagi menerima permohonan kuota penggajian pekerja asing untuk tahun 2025 bermula 19 Jan hingga 31 Mac 2026.

    Dalam kenyataan hari ini, KDN memaklumkan bahawa permohonan kuota sedia ada masih diterima sehingga tarikh akhir yang ditetapkan sebelum ini iaitu 31 Dis 2025.

    Menurut kenyataan itu, tempoh khas berkenaan melibatkan permohonan bagi semua sektor dan subsektor yang telah diluluskan kerajaan pada 1 Okt 2025, serta mematuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan termasuk permohonan penggajian tenaga kerja asing bagi sektor perkhidmatan di bawah seliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang sebelum ini ditutup lebih awal.

    KDN memaklumkan semua permohonan yang diterima sepanjang tempoh khas itu, akan dibincangkan bersama kementerian menyelia yang terbabit untuk pertimbangan dan tertakluk kepada syarat-syarat penggajian pekerja asing yang lain.

    MENARIK:  Persiapan sambut Aidilfitri kali ini 'hambar'

    "KDN juga ingin mengingatkan semua majikan agar mengemukakan permohonan secara terus tanpa pengantaraan ejen atau pihak ketiga di Pusat Sehenti Pengurusan Pekerja Asing, KDN," menurut kenyataan itu.

    Bagi melancarkan urusan permohonan dalam tempoh khas itu, kenyataan memaklumkan temu janji hendaklah dibuat terlebih dahulu melalui sistem temujanji yang boleh diakses menerusi laman sesawang rasmi KDN bermula 16 Jan 2026.“

    Kemudahan tempoh khas ini diharap dapat membantu majikan mengemukakan permohonan penggajian pekerja asing secara teratur dan terancang.

    Langkah ini selaras dengan iltizam Kerajaan Madani untuk terus peka terhadap keperluan industri serta komitmen meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat," menurut kenyataan itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah