30.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kanak-kanak maut lepas jatuh dari tingkat 16

    Shopee Sale

    Seorang kanak-kanak perempuan berumur empat tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari bilik tidur utama rumahnya di tingkat 16 sebuah perumahan di Presint 9, di sini pagi ini.

    Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A Asmadi Abd Aziz berkata polis menerima panggilan MERS 999 yang memaklumkan mengenai kejadian kanak-kanak terjatuh bangunan sekitar jam 7.50 pagi tadi.

    Katanya semasa kejadian bapa kanak-kanak terbabit yang merupakan seorang penolong akauntan keluar menghantar seorang lagi anaknya ke sekolah berdekatan, manakala ibu mereka - seorang guru tadika - telah keluar bekerja.

    “Kanak-kanak itu merupakan anak bongsu daripada dua adik beradik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Ti ingatkan DAP: Jangan ulang ‘kesilapan' pemimpin k’jaan terdahulu

    Jenazah kanak-kanak terbabit kini berada di Unit Forensik Hospital Putrajaya untuk dibezah siasat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah