29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kami mangsa keadaan, kata KTV diserang perusuh bertopeng

    Shopee Sale

    Sebuah pusat hiburan yang diserang sekumpulan perusuh di Cheras semalam menyifatkan mereka menjadi mangsa keadaan.

    Seorang pekerja yang hanya mahu dikenali sebagai John mendakwa sebelum ini berlaku pertelingkahan antara dua kumpulan pelanggan.

    Bagaimanapun, katanya, satu kumpulan menyangka satu lagi kumpulan terdiri daripada pemilik pusat karaoke itu.

    “KTV ini menjadi mangsa keadaan,” kata lelaki 45 tahun itu, seperti dilaporkan sebuah media berbahasa Mandarin sebentar tadi.

    Sementara itu, John mendedahkan mendakwa perusuh melarikan 25 botol arak 1 liter, menyebabkan kerugian kira-kira RM2 juta, termasuk kerosakan barang-barang.

    Menurutnya, ketika perusuh menceroboh, hanya seorang pengawal keselamatan berada di lokasi dan tidak mampu berbuat apa-apa.

    “Syukurlah tiada kecederaan dilaporkan,” katanya.

    Akan tukar nama, buka semula

    John bagaimanapun berkata, KTV itu akan ditukar nama dan dibuka semula selepas kerja pembaikan selesai.

    Terdahulu, tular video seperti babak dalam filem gangster, menyaksikan lebih 60 individu bertopeng menyerbu sebuah KTV dan merosakkan kemudahan di dalamnya.

    MENARIK:  Kebocoran paip gas tak jejas projek ECRL - Loke

    Mereka, yang seperti memegang senjata–yang tidak jelas dalam rakaman–malah merempuh pagar pusat itu dengan sebuah lori.

    Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berlaku semalam kira-kira 1.30 tengah hari di sebuah pusat hiburan di Cheras, dan memaklumkan pihaknya sedang mengesan suspek yang terlibat.

    Sementara itu, akhbar Cina juga melaporkan polis meminta wartawan yang membuat liputan di lokasi kejadian hari ini diminta memadamkan gambar dan video diambil.

    Fadil ketika dihubungi Malaysiakini enggan mengulas lanjut dan berkata polis sedang menyiasat dakwaan itu.

    Sementara itu, dilaporkan kes disiasat bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan (khianat yang menyebabkan kerugian) dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan (merusuh dengan senjata).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah