26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kafan mewah: Hayati prinsip awlawiyyat, kata menteri

    Shopee Sale

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan menasihatkan umat Islam supaya berpegang kepada prinsip awlawiyyat iaitu mengutamakan sesuatu yang lebih penting berdasarkan hukum syarak termasuk dalam persediaan menghadapi kematian.

    Beliau berkata meskipun mengingati kematian merupakan perkara digalakkan dalam kehidupan seorang Muslim, namun fokus utama seharusnya diberikan kepada perkara benar-benar memberi manfaat selepas kematian iaitu amalan dan bekalan akhirat.

    “Sebenarnya mengingati kematian itu perkara yang sangat penting namun kita perlu menginsafi bahawa apabila kita meninggalkan dunia yang ditinggalkan hanya anak soleh, ilmu bermanfaat dan sedekah jariah. Itu yang perlu menjadi tumpuan.

    “Sebagai pihak yang menguruskan hal ehwal agama, kita menyeru umat Islam supaya memberi fokus kepada perkara lebih utama berbanding perkara bukan keutamaan atau awlawiyyat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam malam tadi.

    MENARIK:  Polis sahkan kejadian tembakan di pusat beli-belah di Setia Alam

    Zulkifli berkata turut bersetuju dengan pendirian Mufti Pulau Pinang Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman bahawa tindakan membelanjakan wang berlebihan untuk kain kafan mewah atau berjenama bukan sesuatu dianjurkan dalam Islam.

    Bagaimanapun beliau berkata isu itu tidak wajar dipanjangkan sebaliknya umat Islam perlu mengambil peluang untuk bermuhasabah diri dan menilai sejauh mana persiapan dilakukan sebagai bekalan menghadapi kematian.

    Sebelum ini, sebuah video tular di media sosial memaparkan seorang usahawan wanita berkongsi telah membuat tempahan set kain kafan didakwa mencecah hampir ribuan ringgit direka khas oleh pereka fesyen terkenal sebagai persediaan menghadapi kematian.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah