34 C
Kuala Lumpur
Friday, June 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kadar kesuburan rakyat Malaysia catatkan penurunan ketara – Nancy

    Shopee Sale

    PARLIMEN l Kadar kesuburan jumlah (TFR) rakyat Malaysia mencatatkan penurunan ketara, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

    Beliau berkata Laporan Perangkaan Penting 2023 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan bahawa TFR di Malaysia menurun daripada 2.1 orang anak pada 2010 kepada 1.6 orang anak pada 2022. 

    “Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada penurunan TFR termasuklah faktor ekonomi, cara gaya hidup yang antaranya boleh mempengaruhi keputusan pilihan umur untuk berkahwin, bilangan anak dan sebagainya. 

    “Pada masa yang sama, masalah ketidaksuburan turut boleh mempengaruhi kadar TFR,” katanya ketika menggulung perbahasan mengenai Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia tahun 2021 dan 2022  bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Masyarakat (KPWKM) di Dewan Rakyat hari ini. 

    Beliau berkata mengikut unjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, beberapa negara di rantau Asia dan Pasifik seperti Jepun, Australia, Singapura, Indonesia dan Thailand turut mencatatkan kadar kesuburan yang amat rendah, iaitu berada di bawah paras penggantian. 

    Nancy berkata sebagai respons kepada keadaan itu, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk menawarkan perkhidmatan rawatan kesuburan pada kos berpatutan, menyediakan klinik merawat masalah kesuburan lelaki serta memberi insentif pengecualian cukai sehingga RM8,000 kepada pasangan yang mendapatkan rawatan kesuburan.

    MENARIK:  K’jaan setuju lanjut kontrak MotoGP Malaysia

    “LPPKN juga telah diberi mandat untuk menubuhkan Pusat Subfertiliti Negara yang dilengkapi dengan segala kemudahan rawatan kesuburan di bawah satu bumbung bagi memberi perkhidmatan kesuburan serba moden dengan kos berpatutan,” katanya.

    Menurut Nancy pihaknya bagaimanapun berpandangan keputusan mempunyai anak dan penentuan bilangan anak adalah hak tersendiri setiap pasangan.

    “Terdapat pelbagai faktor mempengaruhi keputusan untuk memiliki anak, bilangan anak dan penurunan TFR. KPWKM melalui LPPKN membantu dalam membuat intervensi untuk mereka yang berhadapan dengan masalah ketidaksuburan,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah