28.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jumlah mangsa banjir di Kedah, Perlis berkurangan malam ini

    Shopee Sale

    Jumlah mangsa banjir di Kedah dan Perlis semakin berkurangan setakat 8 malam ini berbanding petang tadi manakala bilangan penduduk terjejas di Perak dan Johor tidak berubah.

    Di KEDAH setakat 8 malam, jumlah mangsa berkurangan kepada 3,051 orang melibatkan 938 keluarga berbanding 3,172 orang daripada 986 keluarga, pada 4 petang tadi.

    Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata kesemua mangsa berlindung di 19 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah.

    “Daerah Kota Setar mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,662 orang daripada 497 keluarga yang berada di sembilan PPS diikuti Pendang sebanyak 510 orang daripada 139 keluarga di dua PPS.

    “Di daerah Pokok Sena, sebanyak 464 orang daripada 161 keluarga dipindahkan ke lima PPS manakala di Kubang Pasu sebanyak 415 orang daripada 141 keluarga berada di tiga PPS,” katanya menerusi kenyataan.

    Di PERLIS, bilangan mangsa merekodkan penurunan kepada 140 orang berbanding 146 mangsa pada petang tadi dengan dua PPS masih beroperasi.

    Pengarah APM Perlis Lt Kol (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata PPS yang masih beroperasi adalah di Sekolah kebangsaan (SK) Sena, Kangar yang menempatkan 135 mangsa manakala lima mangsa berlindung di PPS SK Arau.

    "Mereka yang belum dapat pulang ke rumah melibatkan mangsa banjir dari Kampung Tok Kandang dan Kampung Bakau di Kangar serta Kampung Banat dan Kampung Behor Gelam di Arau," katanya.

    MENARIK:  Trump akan lawat Malaysia, Jepun dan Korea Selatan

    Di PERAK, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir kekal 136 orang daripada 40 keluarga yang berlindung di dua PPS di Kerian.

    “Sebanyak 71 orang daripada 20 keluarga masih berlindung di PPS SK Changkat Lobak manakala di PPS SK Parit Haji Aman, Bagan Serai pula menempatkan 65 orang daripada 20 keluarga, sejak seminggu lepsa.

    Di JOHOR, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata jumlah mangsa kekal 17 orang daripada tiga keluarga dengan kesemua mangsa masih ditempatkan di PPS SK Seri Bunut, Batu Pahat.

    “Tiga kawasan terjejas akibat bencana itu melibatkan Kampung Talang Bunut, Kampung Olak Batu dan Kampung Parit Nipah Laut di Batu Pahat,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah