32.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Johnny Lim pegawai tentera Cina pertama dilantik leftenan jeneral

    Shopee Sale

    Komandan Maktab Ketahanan Nasional (NRC) Mejar Jeneral Datuk Johnny Lim Eng Seng melakar sejarah sebagai pegawai kanan berbangsa Cina pertama dinaikkan pangkat kepada Leftenan Jeneral.

    Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan majlis kenaikan pangkat itu disempurnakan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar semalam, dan disaksikan semua panglima perkhidmatan.

    Lim, anak kelahiran Melaka, mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah St Francis, Melaka dari 1973 hingga 1978 sebelum meneruskan pengajian di Sekolah Menengah St Francis dari 1979 hingga 1983.

    MENARIK:  Azmin: Pengundi yang tentukan kemenangan calon, bukan tinjauan

    Beliau menyertai latihan Pegawai Kadet sebagai Tauliah Jangka Tetap Ke-25 (TJT 25) dan seterusnya menjalani latihan ketenteraan di Akademi Tentera Diraja Sandhurst di United Kingdom, sebelum ditauliahkan ke Rejimen Renjer Diraja (RRD).

    Menurut kenyataan itu, kenaikan pangkat berkenaan mencerminkan komitmen ATM terhadap prinsip meritokrasi dan keterbukaan dalam pengambilan serta pembangunan kerjaya. 

    "Ia juga diharapkan menjadi pemangkin kepada penyertaan lebih meluas daripada semua kaum dalam kerjaya tentera sekali gus menjadikan ATM lambang terbaik konsep Unity in Diversity dan perpaduan nasional," menurut kenyataan itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah