32.2 C
Kuala Lumpur
Monday, October 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jika menang, kita akan jemput Kamala balik kampung – Mat Hasan

    Shopee Sale

    Menteri Luar Mohamad Hasan berseloroh dengan mengatakan Malaysia mungkin menghulurkan jemputan "balik kampung" kepada calon presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris, jika dia menang dalam pengundian minggu depan.

    Ini selepas orang kuat Donald Trump, Tucker Carlson menggelarkan Harris sebagai "orang Samoa-Malaysia" dalam satu perhimpunan politik.

    "Terima kasih kerana membawa perkara ini kepada perhatian kami, Encik Carlson. Kami tidak menyedari bahawa seorang rakyat Malaysia bertanding jawatan presiden Amerika Syarikat.

    "Sekiranya Puan Kamala memenangi persaingan, kami berbesar hati menjemputnya pulang ke kampung dan menjamunya nasi goreng USA," katanya dalam satu nhantaran di Facebook, hari ini.

    USA yang dirujuk dalam nasi goreng itu adalah singkatan kepada udang, sotong dan ayam yang lazimnya merupakan campuran lauk bagi hidangan nasi goreng dan tidak mempunyai kaitan dengan Amerika Syarikat sebagai sebuah negara.

    MENARIK:  Abdul Hadi nafi hantar nama calon pengerusi PN

    Harris berketurunan India dan berkulit hitam.

    Amerika Syarikat akan memilih presidennya pada 5 Nov depan.

    Tinjauan semasa menunjukkan cabaran sengit antara Harris dan Trump dalam pengundian itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah