29 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Jho Low urus pasport palsu untuk bekas peguam 1MDB masuk Myanmar’

    Shopee Sale

    Bekas peguam 1MDB Jasmine Loo berkata dia pernah berdepan masalah dengan junta tentera Myanmar apabila cuba masuk ke negara itu dengan pasport yang tidak dicap pada 2019.

    Bagaimanapun, katanya, ahli perniagaan dalam buruan Jho Low berunding dengan pihak berkuasa Myanmar untuk memberikannya pasport palsu yang membolehkannya masuk ke negara itu.

    Dia kemudian menjadi rakyat negara itu selama setahun, sehingga tahun lepas, sebelum pulang ke Malaysia.

    Perkara itu dimaklumkan Loo, 50, yang juga saksi utama pasukan pendakwaan, kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam perbicaraan kes rasuah RM2.27 melibatkan bekas perdana menteri Najib Razak.

    Sebelum itu, Loo berkata dia pergi ke Thailand tidak lama sebelum pilihan raya umum pada 2018 dan Low mengugut melayannya seperti di neraka jika dia pulang ke negara ini.

    MENARIK:  Konvoi Mat Motor: Loke arah sekatan jalan raya ke lapangan terbang

    Selain Myanmar, Low juga pernah mendedahkan dia juga pergi ke Kemboja sebelum peguamnya berunding dengan pihak berkuasa Malaysia untuk membolehkannya pulang ke negara ini tahun lepas.

    [Baca berita asal]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah