27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jepun guna rizab minyak negara Khamis ini – Takaichi

    Shopee Sale

    Jepun akan mula mengeluarkan minyak daripada rizab negara pada Khamis, Perdana Menteri Sanae Takaichi berkata pada Selasa, susulan kebimbangan terhadap peningkatan bekalan dan harga minyak yang melambung tinggi disebabkan oleh konflik berterusan Amerika Syarikat (AS)-Israel dengan Iran, lapor Agensi Berita Kyodo.

    Langkah itu, yang diumumkan pada mesyuarat pertama anggota Kabinet yang berkaitan, bagi membincangkan langkah mengurangkan kesan ketegangan di Asia Barat terhadap ekonomi Jepun, diputuskan selepas Jepun mula mengeluarkan minyak daripada simpanan sektor swasta minggu lepas.

    Takaichi juga berkata rizab minyak bersama negara pengeluar minyak Asia Barat yang kini disimpan di Jepun akan mula dikeluarkan menjelang akhir bulan ini.

    "Keamanan dan kestabilan Asia Barat amat penting bagi Jepun dan masyarakat antarabangsa," katanya sambil menambah Tokyo akan terus "melakukan semua usaha diplomatik yang diperlukan dalam penyelarasan erat dengan negara berkaitan" dan cuba "meminimumkan kesan ke atas aktiviti ekonomi."

    MENARIK:  Polis tiada maklumat Jho Low di Myanmar - IGP

    Takaichi berkata beliau dan Presiden AS Donald Trump menekankan kepentingan dalam memastikan bekalan tenaga yang stabil dengan memastikan pelayaran selamat di Selat Hormuz, laluan air utama untuk pengangkutan minyak global, semasa sidang kemuncak mereka di Washington Khamis lepas.

    Jepun bergantung pada Asia Barat untuk lebih 90 peratus import minyak mentahnya, yang kebanyakannya melalui Selat Hormuz.

    Selat itu ditutup secara berkesan oleh Iran berikutan konflik dengan tentera AS dan Israel yang bermula akhir Februari, mencetuskan lonjakan harga minyak mentah.

    -Bernama - Kyodo

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah