27.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jenazah Pak Lah selamat disemadikan di Makam Pahlawan

    Shopee Sale

    Jenazah Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi selamat disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara pada 2.30 petang.

    Perdana menteri kelima itu dikebumikan mengikut Istiadat Pengebumian Negara.

    Terdahulu, sembahyang jenazah, tahlil serta bacaan talkin dipimpin Imam Besar Masjid Negara Ehsan Mohd Hosni.

    Selain balu Allahyarham, Tun Jeanne Abdullah, turut berada di Makam Pahlawan ialah anak Allahyarham, iaitu Kamaluddin serta Nori, dan suami Khairy Jamaluddin dan beberapa ahli keluarga terdekat. 

    MENARIK:  Lepas Zara, ibu pelatih Palapes UTM sanggup gali semula kubur anak

    Turut berada di Makam Pahlawan ialah Perdana Menteri Anwar Ibrahim, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof serta pemimpin lain. 

    Terdahulu, penghormatan terakhir kepada Allahyarham Abdullah bermula pada 10 pagi hingga satu tengah hari.

    Abdullah yang lebih dikenali sebagai "Pak Lah" meninggal dunia pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7.10 malam tadi.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah