29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Jangan guna horoskop halang orang India turun demo anti-Anwar’

    Shopee Sale

    Di tengah-tengah amaran horoskop yang menggesa masyarakat India supaya tidak menyertai himpunan “Turun Anwar” pada 26 Julai ini, Pengerusi Urimai, P Ramasamy, memetik karya Shakespeare bagi mengingatkan komuniti tersebut tentang kuasa menentukan nasib sendiri.

    “Menggunakan omong kosong mitologi Hindu untuk menghalang penyertaan masyarakat India dalam perhimpunan 26 Julai supaya Anwar berundur adalah satu tindakan yang berniat jahat.

    “Kepalsuan mitologi ini digunakan oleh mereka dalam kerajaan untuk menakutkan orang India — dengan andaian bahawa mereka mungkin percaya kepada pantang larang keagamaan mitos ini.

    “Memetik Shakespeare dalam Julaius Caesar – ‘kesalahan bukan pada bintang tetapi pada diri kita sendiri’,” kata bekas pensyarah itu kepada Malaysiakini hari ini.

    Terdahulu, satu video tular di WhatsApp yang menggesa masyarakat India agar tidak menyertai perhimpunan “Turun Anwar” yang dijadualkan berlangsung pada 26 Julai, dengan alasan bintang “tidak sejajar”.

    Video itu, yang tertera simbol suci Hindu “Om”, berjudul “Penganut Hindu, jangan hadiri protes. Nasihat ICCIS.”

    Kemudian dijelaskan bahawa ICCIS merujuk kepada Indian Chamber of Commerce and Industry Selangor.

    MENARIK:  Kerajaan Terengganu pantau ajaran Ayah Pin

    Menurut narator dalam video tersebut, 26 Julai jatuh di bawah Ashlesha Nakshatra – sebuah buruj lunar yang dikaitkan dengan ular dan kegelisahan emosi.

    “Ashlesha agak tidak stabil, sering manipulatif dan sangat emosional. Ia dikaitkan dengan naga, alam bawah tanah, kerahsiaan, kegelisahan massa dan gerakan bawah tanah,” ujar suara itu.

    Narator turut berkata protes yang berlangsung pada hari Sabtu menjadikan masanya lebih menakutkan kerana Sabtu diperintah oleh Saturn, planet karma, kelewatan, disiplin dan pembalasan kosmik.

    Anwar kecewakan orang India

    Sehubungan itu, Ramasamy mengingatkan masyarakat India bahawa pentadbiran Madani yang diketuai Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah mengecewakan masyarakat India dan Hindu secara khususnya.

    Justeru, bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, adalah penting bagi komuniti tersebut untuk turut serta dalam proses politik negara demi membawa perubahan yang positif.

    “Semua janji dan reformasi (oleh kerajaan) telah lenyap begitu sahaja. Tiada harapan di bawah kerajaan sekarang.

    “Masyarakat India mesti menyertai proses politik secara aktif untuk menentukan nasib mereka sendiri. Ini pendirian Urimai,” tegas Ramasamy.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah