32.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jalan, lebuh raya baru perlu ada terowong hidupan liar – KKR

    Shopee Sale

    Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Jabatan Kerja Raya akan memastikan setiap jalan raya serta lebuh raya baharu selepas ini direka bentuk dan dibina dengan terowong hidupan liar bagi mewujudkan laluan selamat untuk haiwan berkenaan.

    Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi kenyataan mengambil contoh pembinaan terowong berkenaan oleh Lebuhraya Persisiran Barat (WCE) di jajaran Taiping Selatan-Bruas setelah mendapat khidmat nasihat dan persetujuan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

    “Syabas dan terima kasih kepada syarikat konsesi WCE yang melestarikan laluan khusus terowong bawah lebuh raya untuk membolehkan habitat hidupan liar bergerak dari satu kawasan hutan ke hutan lain, melintasi lebuh raya dengan selamat," menurut kenyataan itu.

    MENARIK:  Pelajar wanita Iran protes gangguan pemakaian ketat, tanggalkan baju

    Selain itu, KKR memaklumkan kerjasama erat antara kementerian dengan Jabatan Perhilitan akan diteruskan bagi memastikan pemeliharaan hidupan liar sentiasa dipertingkatkan.

    “Besar harapan kami supaya pemandu kenderaan memperlahankan kelajuan dan berhati-hati ketika melewati lokasi pintasan hidupan liar yang telah dikenal pasti melalui papan tanda dan lampu jalan,” menurut KKR.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah