28.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    M'sia, UNDP bangunkan kerangka ekonomi hijau negara

    Shopee Sale

    Malaysia dan United Nations Development Programme (UNDP) sedang bekerjasama untuk membangunkan satu kerangka dan model ekonomi hijau berdasarkan perspektif negara, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib.

    Beliau berkata model ini bertujuan untuk mengenal pasti garis dasar ekonomi semasa dengan mengambil kira faktor iklim dan menyediakan analisis tentang kesan risiko perubahan iklim dan dasar yang boleh digunakan sebagai input bagi peranancangan di peringkat makroekonomi.

    “Ini sekali gus menyasarkan pembangunan sosioekonomi negara yang lebih menyeluruh dan mampan pada masa depan.

    “Melalui kajian ini, elemen pengukuran prestasi ekonomi hijau akan diberi perhatian,” katanya pada sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat hari ini.

    Beliau menjawab isu mengenai Keperluan Dasar Prestasi Ekonomi dan Modal Hijau yang dibangkitkan oleh Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar).

    Justeru, katanya semua pihak berkepentingan perlu mengambil tanggungjawab bersama dalam memastikan negara mencapai aspirasi pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.

    MENARIK:  MCCBCHST bantah penempatan 'pegawai Jakim di jabatan kerajaan'

    Di pihak kerajaan, katanya usaha berteraskan inisiatif hijau telah dilaksanakan sejak Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) dan diteruskan sehingga RMKe-12.

    Beliau berkata pihak MoF boleh memainkan perananan yang signifikan dalam menguar-uarkan sumber dan inisiatif sedia ada serta membantu memudah cara pihak industri mendapatkan sumber tersebut.

    Antara sumber pembiayaan dan inisiatif yang menyokong pertumbuhan ekonomi hijau ialah Dana Kemudahan Peralihan Tenaga Negara berjumlah RM2 bilion dan dana pembiayaan oleh institusi kewangan dengan nilai keseluruhan RM200 bilion untuk mendorong industri beralih ke arah ekonomi rendah karbon.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah