29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    J-Kom nafi terlibat kempen pemimpin tertentu dalam pemilihan PKR

    Shopee Sale

    Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Ismail Yusop berkata tiada arahan untuk mana-mana petugas untuk like, share, dan promote kempen pemimpin tertentu dalam pengundian PKR 2025.

    Ismail berkata dakwaan yang mengaitkan jabatan itu dengan pengundian parti adalah tidak berasas.

    “Semua kakitangan J-Kom menjalankan tugas secara profesional dan berintegriti, selaras dengan peraturan yang telah ditetapkan. 

    “Saya juga menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa J-kom terlibat dalam berkempen untuk mana-mana pemimpin dan digunakan untuk menyerang pemimpin-pemimpin tertentu. Tiada sebarang arahan rasmi dikeluarkan untuk aktiviti seperti itu,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

    MENARIK:  Kes 1MDB: Najib jadi suspek pada 2019, kata pegawai penyiasat

    Dia berkata sebagai sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Komunikasi, J-Kom sentiasa komited menyampaikan maklumat yang tepat, adil dan berimbang demi memperkukuh sistem demokrasi dan kestabilan negara.

    “Saya mengingatkan semua pihak agar berhenti menyebarkan maklumat palsu yang boleh menjejaskan reputasi jabatan ini,” katanya.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah