33.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isu titah adendum tak sah: Bersatu dakwa Umno Pahang lemah

    Shopee Sale

    Kedudukan Umno Pahang dalam kerajaan negeri disifatkan sebagai lemah dan sekadar memegang jawatan utama dalam pentadbiran, kata Timbalan Ketua Bersatu Pahang, Jasri Jamaludin.

    Menurutnya, pendirian Umno negeri yang mahu pimpinan utama parti itu mempertimbangkan langkah keluar daripada Kerajaan Perpaduan tidak lebih sekadar gimik politik.

    Jasri mendakwa walaupun Umno Pahang sering menyuarakan ancaman sedemikian hanya menjejaskan imej parti berkenaan.

    “Mereka bercakap tentang tindakan dan mengugut untuk keluar kerajaan (Perpaduan) namun akhirnya tiada sebarang tindakan diambil.

    Pengerusi Umno negeri dan menteri besar Pahang merangkap Naib Presiden Umno Wan Rosdy Wan Ismail.

    “Keadaan ini menjejaskan maruah dan kredibiliti parti mereka, dan Umno Pahang dilihat sedang menunjukkan kelemahan ketara dalam menangani isu berkaitan Titah Adendum,” kata Jasri menerusi satu kenyataan.

    Adun Kuala Sentul itu mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin yang menolak permohonan Najib Razak berkaitan titah adendum bagi membolehkan bekas perdana menteri itu menjalani hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

    Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching dalam keputusannya mendapati titah adendum itu tidak sah kerana tidak pernah dibincangkan atau diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan ke-61 pada 29 Jan tahun lalu.

    Keputusan berkenaan mencetuskan ketegangan antara pemimpin parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.

    Timbalan Ketua Bersatu Pahang, Jasri Jamaludin.

    Ini susulan kenyataan ringkas Setiausaha Publisiti DAP, Yeo Bee Yin yang memuji keputusan mahkamah menolak permohonan Najib untuk tahanan rumah.

    MENARIK:  UNRWA beri amaran situasi kritikal di Gaza akibat sekatan Israel

    Mengulas lanjut, Jasri berpandangan Umno Pahang perlu membuat pendirian jelas, sama ada memilih perananan sebagai pembangkang yang tegas atau bekerjasama dengan PN bagi membentuk kerajaan negeri baru.

    “Kegagalan bertindak hanya memperlihatkan ketidakupayaan mempertahankan kepentingan rakyat dan institusi Raja,” tambahnya.

    Menurutnya, isu itu turut menimbulkan persoalan besar berkaitan persepsi terhadap kuasa sebenar Yang di-Pertuan Agong dalam sistem kenegaraan negara.

    “Perlembagaan perlu dibaca secara seimbang dan berhemah. Menghormati kuasa Agong serta menilai kelemahan tanggungjawab politik di peringkat negeri amat penting demi menjaga maruah, kuasa dan integriti institusi negara,” jelasnya.

    Jasri turut berkata keputusan mahkamah yang menolak pelaksanaan titah adendum berhubung tahanan di rumah menimbulkan kebimbangan serius terhadap kedudukan serta makna sebenar kuasa pengampunan diraja dalam kerangka Perlembagaan negara.

    Menurutnya, keputusan itu berpunca daripada tafsiran Perlembagaan Persekutuan yang terlalu sempit dan berisiko menjadikan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong sekadar satu formaliti tanpa kesan sebenar.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah