33.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isu pemain warisan: Nepal turut buat aduan pada Fifa

    Shopee Sale

    Selain Vietnam, Nepal turut dilaporkan telah membuat aduan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) berhubung isu tujuh pemain warisan Malaysia.

    Menurut akhbar United Kingdom the Guardian, Persatuan Bolasepak Nepal telah memfailkan aduan terhadap Malaysia berkaitan salah seorang pemain warisan tersebut menjaringkan gol dalam perlawanan pada 25 Mac lalu.

    “...Persatuan Bolasepak Nepal telah mefailkan aduan terhadap Malaysia, selepas Hector Hevel, salah seorang penjaring dalam kemenangan 2-0 Malaysia terhadap Nepal pada Mac, didapati tidak layak (untuk mewakili negara) oleh Fifa - bermakna keputusan perlawanan boleh dibatalkan,” menurut laporan itu.

    Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim di Johor Bahru itu, satu lagi gol Harimau Malaya dijaringkan oleh Corbin Ong.

    Hector Hevel dalam aksi menentang Nepal

    Perlawanan itu merupakan penampilan pertama Hevel bersama skuad kebangsaan.

    MENARIK:  Amaran hujan tahap buruk di Pahang, Johor hingga 23 Nov

    Pada bulan lalu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan negara iaitu Hevel, Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo dan Jon Irazabal dikenakan tindakan oleh Fifa selepas didapati melanggar Perkara 22 Kod Tatatertib Fifa (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.

    FAM didenda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta) manakala setiap pemain didenda CHF2,000 (kira-kira RM10,560) serta digantung 12 bulan daripada semua kegiatan berkaitan bola sepak, berkuat kuasa mulai tarikh keputusan itu dimaklumkan.

    Semalam, pemangku Presiden FAM Mohd Yusoff berkata pihaknya telah membuat rayuan rasmi berhubung keputusan itu.

    Sebelum ini, FAM juga menyatakan pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk membawa perkara itu ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) jika rayuan di peringkat Fifa ditolak.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah