29.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Isu kuasa bukan matlamat utama PAS’

    Shopee Sale

    Pemuda PAS menegaskan bahawa parti itu tidak pernah meletakkan kuasa sebagai matlamat segala-galanya dan sanggup membuat keputusan yang kelihatan merugikan demi mempertahankan prinsip Islam.

    Naib ketuanya, Hanif Jamaluddin berkata, walaupun PAS kini berada dalam kedudukan kukuh dengan bilangan ahli parlimen paling ramai serta menguasai tiga negeri, perjuangan parti bukan sekadar soal mengejar kedudukan dan jawatan.

    "Bagi PAS, prinsip Islam sentiasa lebih penting daripada kedudukan dan jawatan. Selagi prinsip itu dihormati, kerjasama boleh diteruskan.

    "Tetapi apabila prinsip mula diketepikan, PAS akan tetap mempertahankannya walaupun terpaksa menanggung risiko," katanya dalam satu kenyataan di media sosial hari ini.

    Hanif menjelaskan ramai pihak mempersoalkan tindakan PAS yang sanggup membuat keputusan yang seolah-olah merugikan diri sendiri ketika parti itu hanya selangkah lagi menuju ke Putrajaya.

    Bagaimanapun, menurut Hanif, situasi itu bukan perkara baharu kerana PAS pernah mengambil pendekatan serupa ketika bersama Pakatan Rakyat. Ketika itu, PAS memilih untuk melepaskan peluang besar memerintah negara setelah DAP melanggar prinsip perjuangan parti.

    MENARIK:  Lembaga pengarah syarikat telko didakwa guna 'Datuk Seri' palsu

    Tambahnya, sejarah membuktikan bahawa setiap kali PAS berpegang teguh kepada prinsip, parti itu tidak menjadi lemah, sebaliknya semakin kuat dan berkembang.

    "Yang penting bukan secepat mana kita sampai ke destinasi, tetapi memastikan perjalanan itu sentiasa berada di atas landasan yang betul," katanya lagi sambil mengharapkan doa agar terus istiqamah dalam perjuangan.

    Walaupun tidak menyebut secara khusus, Hanif dipercayai mengulas keputusan Jawatankuasa PAS Pusat yang bermesyuarat dengan mandat majlis syura ulamanya pada malam Ahad lalu untuk menoktahkan kerjasama mereka dengan Bersatu.

    Perkara itu diumumkan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

    PN sebelum ini memiliki 74 kerusi dengan PAS sebagai parti tunggal yang mempunyai kerusi terbesar. Kerusi selebihnya milik Bersatu tetapi terdapat enam ahli Parlimen Bersatu yang sebelum ini menyatakan sokongan terbuka kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim manakala beberapa lagi dipecat dan digantung.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah