30.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PH tak jadi kuat kerana lawan berpecah – Saifuddin

    Shopee Sale

    Pakatan Harapan (PH) tidak bergantung kepada perpecahan parti lawan untuk meraih kekuatan politik, sebaliknya terus konsisten membina kekuatan sendiri, kata Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution Ismail.

    Mengulas mengenai keputusan PAS yang dilaporkan menoktahkan kerjasama politik dengan Bersatu baru-baru ini, Saifuddin menyifatkan pergolakan dalaman parti komponen Perikatan Nasionan (PN) itu sebagai bukan perkara baru berdasarkan rekod sejarah PAS sebelum ini.

    "Kita tidak jadi kuat kerana perpecahan lawan. Kita jadi kuat kerana kita bina kekuatan kita sendiri.

    "Dalam PH, kita yakin kekuatan itu hanya melalui usaha yang kita bina. Maknanya, hubungan tiga parti (PKR,DAP dan Amanah) kita jalan terus berasaskan saling percaya dan saling menghargai," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sebuah majlis di Batu Pahat, di Johor, hari ini.

    Terdahulu, Saifuddin ditanya sama ada keputusan PAS memutuskan hubungan dengan Bersatu akan memberi manfaat kepada PH di PRN nanti.

    Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri sempat menyindir amalan politik PAS yang sering kali berakhir dengan perpisahan setiap kali menjalinkan hubungan sekutu dengan parti lain.

    Dia mengimbas kembali siri kegagalan kerjasama politik yang pernah melibatkan PAS, bermula daripada era Semangat 46, diikuti pakatan bersama PKR (Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat), sehinggalah kepada Muafakat Nasional (MN) bersama Umno, dan kini Bersatu dalam PN.

    "Kalau kita tengok sejarah perjalanan politik PAS, siapa sahaja yang bergabung dengan mereka berakhir dengan perpisahan. Isunya cuma talak satu, talak dua atau talak tiga.

    "Sekarang Bersatu menerima nasib yang sama. Lepas ini siapa lagi?" soalnya.

    Pengarah piliharaya bersama PKR itu turut mempersoalkan naratif penyatuan ummah yang sering digunakan PAS sebagai alasan, sama ada ketika mahu memulakan kerjasama mahupun selepas memutuskan hubungan.

    "Prinsip politik dalam Islam ialah menegakkan keadilan, menyeru kepada makruf, mencegah mungkar, mengajak kepada kebaikan serta menyemai sifat kasih sayang dan perpaduan.

    MENARIK:  Aktivis Borneo Komrad ditahan di bawah Akta Hasutan

    "Tidak boleh masa berkawan dahulu asasnya penyatuan umat, kemudian apabila berpisah pun prinsipnya penyatuan umat juga. Jadi tidak boleh bebas memberi tafsiran mengikut selera kita," katanya lagi.

    Malam tadi Jawatankuasa PAS Pusat – yang bermesyuarat dengan mandat majlis syura ulamanya – membuat keputusan memutuskan kerjasama mereka dengan Bersatu.

    Perkara itu diumumkan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, dalam kenyataan media selepas mesyuarat tersebut berakhir.

    Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari, pula pagi tadi menjelaskan keputusan itu adalah “ubat pahit yang perlu ditelan demi kemaslahatan lebih besar.”

    Sementara itu, menyentuh mengenai persediaan mendepani PRN Johor dan Negeri Sembilan, Saifuddin selaku Naib Presiden PKR mendedahkan parti itu sudah pun memulakan proses mengenal pasti calon-calon yang berpotensi.

    "Saya bersama (Timbalan Presiden PKR) Nurul Izzah Anwar dan (Naib Presiden PKR) Amirudin Shari kini sedang memperincikan senarai nama yang diterima daripada peringkat cabang, negeri serta pelbagai sumber lain.

    "Biasanya proses itu tidak mengambil masa yang lama kerana kami mempunyai kriteria yang jelas. Calon mestilah dikenali, mempunyai rekod prestasi yang baik serta bersedia memberikan komitmen dan ketaatan kepada parti yang memberi watikah.

    "Presiden PKR (Anwar Ibrahim) juga telah memberikan satu tempoh yang munasabah kepada Jawatankuasa Pemilihan Calon untuk memuktamadkan proses tersebut," katanya.

    Mengulas lanjut, Saifuddin yakin komponen PH lain termasuk DAP dan Amanah sedang melakukan persediaan yang sama, sekali gus meletakkan gabungan itu berada di landasan yang betul sebelum SPR mengadakan mesyuarat khas pada 12 Jun ini.

    "Apabila tiba hari penamaan calon nanti, kami sudah bersedia," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah