29.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isu kepadatan murid di SK Cyberjaya sedang ditangani – KPM

    Shopee Sale

    Isu kepadatan murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya sedang ditangani menerusi beberapa langkah antaranya penyuraian murid ke beberapa sekolah berdekatan dan pembinaan SK Cyberjaya (2) yang dijangka siap pada 2028.

    Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebagai penyelesaian jangka panjang, SK Cyberjaya (2) yang dibida dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) Rolling Plan 3 (RP3) telah mendapat kelulusan dan kini berada dalam proses perolehan.

    "Sekolah baharu ini bakal dilengkapi dengan 36 bilik darjah dan kemudahan lain mengikut konsep reka dan bina bagi mempercepatkan proses pembinaan. SK Cyberjaya (2) dijangka siap pembinaannya pada 2028," menurut kenyataan itu.

    Selain itu KPM memaklumkan penyuraian murid Tahun 1 ke beberapa sekolah berdekatan serta kelulusan pembinaan kabin 12 buah bilik darjah tambahan pula merupakan penyelesaian jangka pendek yang sedang dilaksanakan.

    MENARIK:  ‘Jangan ada cuba gugat atau politikkan asas perlembagaan negara’

    Menurut kenyataan itu KPM turut mempunyai peranancangan masa hadapan bagi mengatasi isu kepadatan murid di Cyberjaya.

    Ini termasuk menerusi pembinaan sekolah menengah baharu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cyberjaya (2) yang akan dimohon dalam RMK13 RP1 Tahun 2026, pada tahun ini.

    KPM memaklumkan perolehan tanah bagi pembinaan SK Cyberjaya (3) pula akan dimohon dalam RMK13 RP2 Tahun 2027, pada 2025.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah