26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, June 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isu cukai hiburan antara tumpuan pertemuan Anwar, Yusof Haslam

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada pengarah dan penerbit tersohor, Yusof Haslam bagi membincangkan perkembangan serta hala tuju industri perfileman tempatan.

    "Dalam pertemuan ini, kami bertukar pandangan mengenai cabaran dan potensi industri kreatif, termasuk isu cukai hiburan yang dibangkitkan, yang akan diteliti dan dibincangkan lanjut bersama kerajaan negeri," kata Anwar dalam hantaran di media sosialnya.

    Anwar turut menyentuh mengenai karya filem Sheriff: Narko Integriti yang dihasilkan oleh Skop Productions, syarikat milik Yusof Haslam, yang mengangkat tema antirasuah.

    "Saya turut menzahirkan penghargaan terhadap karya filem Sheriff: Narko Integriti sebelum ini yang menyentuh isu rasuah dan integriti, serta menghargai sokongan penggiat seni terhadap usaha kerajaan menjunjung keterbukaan dan kebebasan bersuara," katanya lagi.

    Antara babak dalam filem Sheriff, gambar hiasan

    Isu cukai hiburan sebelum ini sering dibangkitkan oleh pemain industri filem dan persembahan yang menyifatkan kadar sedia ada sehingga 25 peratus sebagai tinggi.

    MENARIK:  Kes Zara Qairina: AGC serah semula laporan siasatan awal pada polis

    Jaminan kebebasan berkarya

    Anwar yang juga menteri kewangan menegaskan komitmen kerajaan untuk memastikan ekosistem industri kreatif terus berkembang melalui sokongan terhadap kebebasan kreatif.

    Dia memberi jaminan bahawa kerajaan akan memastikan kebebasan berkarya terus dipelihara bagi membolehkan penggiat seni menghasilkan karya yang lebih berani dan berkualiti tinggi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah