33.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Israel terus tutup Masjid Al-Aqsa untuk umat Islam

    Shopee Sale

    Pihak berkuasa pendudukan Israel terus menutup pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis yang diduduki kepada jemaah Islam untuk hari ke-19 berturut-turut atas alasan keselamatan, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (Wafa).

    Pihak berkuasa telah mempertingkatkan tindakan penindasan terhadap jemaah dan mereka yang berada di tapak suci itu. Polis pendudukan turut memperketat sekatan, termasuk menghalang akses ke halaman Sekolah Rashidiya.

    Sementara itu, para jemaah terus menunaikan solat di pintu-pintu masuk masjid untuk malam kesembilan berturut-turut sebagai tanda protes terhadap penutupan berkenaan.

    MENARIK:  Amaran hujan berterusan tahap bahaya di K'tan, T'ganu sampai 29 Dis

    Pada Selasa malam, pasukan pendudukan menghalang penduduk daripada menunaikan solat sunat Tarawih di beberapa kawasan kejiranan di Baitulmuqaddis yang diduduki.

    Pasukan tentera dikerahkan di sekitar Pintu Damsyik dan Pintu Herod, melarang jemaah daripada menunaikan solat Tarawih serta memaksa mereka meninggalkan kawasan itu dalam cubaan untuk menyuraikan sebarang perhimpunan bagi tujuan ibadah.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah