33.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Israel terus ingkar gencatan senjata, serang Gaza

    Shopee Sale

    Tentera pendudukan Israel terus melanggar perjanjian gencatan senjata apabila melancarkan serangan dan memusnahkan rumah penduduk Palestin di Bandar Gaza dan Khan Younis pada Ahad, lapor Agensi Berita Palestin (Wafa).

    Menurut koresponden Wafa, tentera Israel melepaskan tembakan bertalu-talu di timur Bandar Gaza dan pada masa sama merobohkan bangunan kediaman di kejiranan Al-Zaytoun dan Al-Shujaiya, dengan kepulan asap tebal dilihat dari kawasan yang disasarkan.

    Di timur Khan Younis, di selatan Semenanjung Gaza, bedilan artileri dan tembakan Israel turut berterusan, disertai dengan pemusnahan beberapa struktur kediaman. Selain itu, pesawat pejuang Israel melancarkan tiga serangan udara di Rafah, selatan Gaza.

    MENARIK:  Hanya 'menganjing’ - Aktivis akui permohonan jadi ahli PKR sekadar gurauan

    Sejak bermulanya pencerobohan Israel pada Oktober 2023, angka korban di Semenanjung Gaza meningkat kepada 68,858 orang, majoritinya wanita dan kanak-kanak, manakala 170,664 lagi cedera.

    Sejak perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa pada 11 Okt lalu, seramai 226 rakyat Palestin terbunuh dan 594 cedera.

    Pasukan penyelamat turut menemukan 499 mayat dari timbunan runtuhan, dan 30 lagi mayat dipulangkan oleh pihak berkuasa Israel, menjadikan jumlah keseluruhan mayat yang ditemukan 529.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah