29.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    IPT benteng pertama perangi rasuah – UPNM

    Shopee Sale

    Inisiatif Pelan Antirasuah Nasional membuktikan institusi pengajian tinggi (IPT) sebagai benteng pertama dalam memerangi gejala rasuah di negara ini.

    Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan Kursus Integriti dan Antirasuah (KIAR) iaitu kursus Mata Pelajaran Umum (MPU) yang diwajibkan di seluruh IPT serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah instrumen kritikal dalam melahirkan generasi celik integriti.

    “Melalui modul komprehensif yang merangkumi perundangan utama seperti Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, KIAR membentuk generasi muda yang memahami, menolak dan membenci rasuah dalam segenap aspek kehidupan, selaras dengan Pelan Antirasuah Nasional,” menurut kenyataan itu.

    MENARIK:  ULASAN | FAM lwn Fifa – Siapa yang betul-betul ada kes kukuh?

    Menurut UPNM, impak pedagogi itu bukan diukur dalam tempoh satu penggal tetapi dalam setiap keputusan yang dibuat oleh graduan sepanjang kerjaya mereka.

    “UPNM mengambil maklum perbincangan awam berhubung isu integriti di IPT negara. UPNM berpandangan bahawa generalisasi ‘IPT lubuk rasuah’ terhadap semua IPT perlu ditangani dengan fakta, bukan prejudis,” menurut kenyataan itu.

    Kenyataan itu juga memaklumkan universiti berkenaan tidak berkompromi dalam hal tadbir urus dan sentiasa terbuka kepada penambahbaikan sistem bagi menutup sebarang ruang penyelewengan.

    “Usaha membanteras rasuah adalah perjuangan bersama yang memerlukan komitmen pelbagai pihak merangkumi institusi, individu dan masyarakat,” menurut kenyataan itu. 

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah