33.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Individu dikritik rakam kanak-kanak hampir lemas, tak bantu selamatkan

    Shopee Sale

    Seorang lelaki berdepan kecaman hebat di media sosial selepas memilih untuk merakam detik seorang kanak-kanak bergelut daripada dibawa arus banjir deras, berbanding membantu menyelamatkannya.

    Insiden yang menyayat hati itu berlaku di Kota Masai, Johor, ketika hujan lebat di kawasan tersebut.

    Menurut Sinar Harian semalam, video berdurasi 1 minit 36 saat yang tular itu memaparkan seorang kanak-kanak lelaki dihanyutkan arus deras. 

    Seorang lagi kanak-kanak — dipercayai abang kepada mangsa — dilihat menangis teresak-esak sambil menjerit dan merayu agar adiknya diselamatkan.

    "Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar... adik saya, abang! Adik saya... saya tak nak dia mati," jeritnya.

    MENARIK:  Jabatan Pendidikan Pahang siasat komen guru isu undi bukan Islam

    Kanak-kanak lelaki itu difahamkan terjatuh ke dalam longkang namun sempat berpaut pada sebatang kayu yang hanyut bersama arus.

    Mangsa akhirnya berjaya diselamatkan oleh beberapa orang yang tiba kemudian dan menariknya ke tebing sungai.

    Namun, walaupun kanak-kanak itu dapat diselamatkan, orang ramai tetap meluahkan kemarahan terhadap individu yang merakam insiden tersebut kerana tidak membantu menyelamatkan mangsa ketika situasi amat genting.

    Ramai mengecam tindakan tersebut dan menyifatkannya sebagai meletakkan keutamaan yang salah serta tiada nilai kemanusiaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah