31.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    IGP nasihat 1000 pesawah yang nak berhimpun depan PMO cari tarikh lain

    Shopee Sale

    Ketua Polis Negara, Razarudin Husain menasihati pesawah yang bercadang untuk berhimpun di hadapan Pejabat Perdana Menteri pagi esok, supaya memilih tarikh lain yang lebih sesuai.

    Katanya, ini kerana pihak polis akan meningkatkan kawalan keselamatan di bangunan Perdana Putra berikutan kunjungan rasmi Presiden Indonesia, Prabowo Subianto esok.

    "PDRM telah bersiap sedia dari sudut keselamatan untuk memastikan lawatan rami presiden Indonesia bebas daripada apa jua ancaman keselamatan.

    “PDRM menghormati hasrat para peserta kunjungan 1000 pesawah tersebut namun menasihat mereka supaya memilih tarikh dan waktu yang berlainan bagi penyelarasan tugasan dan aturan keselamatan yang lebih sempurna dalam menjamin keselamatan presiden republik Indonesia sentiasa berada di tahap tertinggi," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

    MENARIK:  Timb menteri bidas pembangkang bangkit isu sumbangan syarikat arak

    Awal petang ini, media dimaklumkan bahawa perhimpunan 1000 pesawah itu akan diadakan pada pukul 10 pagi di hadapan bangunan Perdana Putra.

    Mereka menuntut harga lantai belian padi dinaikkan dan menggesa kerajaan tidak meluluskan Rang Undang-Undang Kualiti Benih Tanaman yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat tahun ini.

    RUU itu antara lain dikatakan mewajibkan pelesenan yang menyekat hak tradisi petani untuk bebas berkongsi dan menjual benih tanaman sesama keluarga, rakan-rakan dan orang awam.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah