24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ibu menteri pendidikan meninggal dunia

    Shopee Sale

    Ibu kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Datin Dr Siti Zalikhah Md Nor, meninggal dunia pada 9.30 pagi tadi.

    Perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat Menteri Pendidikan menerusi hantaran di laman Facebook Fadhlina hari ini.

    Menurutnya, jenazah kini berada di Hospital Serdang dan pihak keluarga akan memberi maklumat lanjut berkenaan urusan pengurusan jenazah dalam masa terdekat.

    "Sama-sama kita mendoakan agar roh Allahyarhamah Ustazah Datin Dr Siti Zalikhah Md Nor dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

    "Sesungguhnya, Allahyarhamah seorang insan yang banyak berjasa kepada nusa, seorang pendidik bangsa, seorang aktivis masyarakat sejak zaman muda hingga akhir usianya," katanya.

    MENARIK:  Pemimpin Warisan desak SPRM bertindak susulan pendedahan terbaru

    Pejabat Menteri Pendidikan turut merakamkan ucapan takziah kepada Fadhlina dan keluarga atas kehilangan ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah