29 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ibu bapa budak dikelar direman dua hari

    Shopee Sale

    Ibu bapa kepada kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dikelar di leher dipercayai dengan pisau di Parit Raja, di Batu Pahat Isnin lepas direman selama dua hari hingga esok bagi membantu siasatan.

    Perintah reman terhadap pasangan berusia 41 tahun itu dikeluarkan Majistret Norasidah A Rahman di Mahkamah Majistret Batu Pahat, hari ini.

    Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau benda berbahaya.

    Terdahulu, ibu bapa kanak-kanak berkenaan dibawa ke mahkamah dengan kenderaan polis pada 8.15 pagi dan pada prosiding itu, mereka diwakili peguam Muhamad Izwan Ishak.

    MENARIK:  Malaysia masih bebas jangkitan bakteria Streptococcus suis

    Semalam, polis menahan pasangan itu di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat pada 4 petang bagi membantu siasatan.

    Isnin lepas, media melaporkan mangsa parah selepas dikelar, dipercayai menggunakan pisau dan kejadian itu disedari oleh ibunya kira-kira 5.30 pagi selepas tersedar daripada tidur.

    Mangsa kemudiannya dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini dan kini berada dalam keadaan stabil serta sudah boleh bercakap selepas menjalani pembezahan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah