28.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    IAEA: Iran mampu teruskan pengayaan uraniuam dalam beberapa bulan

    Shopee Sale

    Tehran boleh menyambung semula pengayaan uranium dalam beberapa bulan walaupun Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mendakwa program nuklear Iran telah terjejas sehingga memerlukan beberapa tahun untuk dipulihkan akibat serangan, kata Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Rafael Grossi kepada penyiar AS, CBS News, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

    “Keupayaan yang mereka miliki masih ada. Mereka boleh mempunyai – dalam tempoh beberapa bulan, saya katakan – beberapa ‘mesin pengayaan uranium’ yang beroperasi dan menghasilkan uranium diperkaya,” kata Grossi dalam temu bual yang akan disiarkan pada Ahad.

    Tahap kerosakan akibat serangan AS ke atas tiga kemudahan nuklear Iran minggu lepas masih belum jelas.

    Menteri Luar Iran Abbas Araghchi memberitahu penyiar negara IRIB bahawa serangan itu telah menyebabkan kerosakan “signifikan” terhadap infrastruktur nuklear negara itu.

    MENARIK:  Kes ‘Abang Belon’: Polis siasat dakwaan halang tugas penjawat awam

    Namun dalam temu bual yang dirakam pada Jumaat, Grossi memberitahu CBS bahawa “sejujurnya, tidak boleh dikatakan bahawa segala-galanya telah lenyap dan tiada apa-apa yang tinggal.”

    Dia berkata IAEA pada dasarnya berminat untuk mengesan uranium diperkaya di Iran dan memaklumkan bahawa agensi itu telah bertahun-tahun mempersoalkan mengapa mereka menemukan kesan uranium yang diperkaya di pelbagai lokasi.

    “Dan kami tidak mendapat jawapan yang boleh dipercayai. Jika bahan itu wujud – di manakah bahan ini? Jadi mungkin ada lebih banyak lagi. Kami tidak tahu,” katanya.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah