33.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hukuman lebih berat terhadap bapa tiri eksploitasi anak tiri – Nancy

    Shopee Sale

    Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri menggesa hukuman lebih berat terhadap bapa yang mengeksploitasi anak tirinya.

    Nancy merujuk kes seorang lelaki berusia 56 tahun yang didenda RM6,000 kerana mengaku bersalah merakam dan memiliki bahan lucah berupa video serta gambar bogel anak tirinya yang diambil ketika kanak-kanak itu sedang mandi.

    Nancy berharap pihak yang bertanggungjawab dapat merayu terhadap hukuman berkenaan menggunakan ruang yang ada.

    "Pada pandangan saya, hukuman yang lebih berat wajar dikenakan ke atas perbuatan jijiknya sebagai seorang bapa tiri yang seharusnya menjadi pelindung kepada ahli keluarganya dan bukannya berkelakuan sedemikian," katanya dalam kenyataan, hari ini.

    MENARIK:  Hak Mahathir keluar Bersatu - Wan Fayhsal

    Nancy berkata kesalahan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda hingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

    "Saya rasa saya tidak keseorangan yang menganggap bahawa hukuman yang dikenakan adalah ringan berbanding kesalahaan yang telah dilakukan. Kita tidak boleh bertolak ansur terhadap sebarang bentuk eksploitasi dan gangguan seksual terhadap kanak-kanak," katanya.

    Nancy berkata hukuman yang lebih tegas bukan sahaja menberikan keadilan kepada mangsa, tetapi juga menjadi pengajaran dan peringatan kepada masyarakat bahawa perbuatan seumpama itu tidak akan diterima dalam apa jua keadaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah