Rundingan pembahagian kerusi antara GRS, PH dan BN kini tegang selepas ada pihak mengumumkan calon terlalu awal sebelum rundingan selesai.
Sumber terdekat memaklumkan GRS sudah menetapkan untuk bertanding di 52 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, manakala 20 kerusi lagi diperuntukkan kepada PH.
Namun, senarai akhir itu masih belum diserahkan secara rasmi kepada Pengerusi PH, Anwar Ibrahim.
“Jumlah itu sudah dipersetujui, tetapi apabila rakan gabungan menamakan calon sebelum rundingan selesai, ia menimbulkan tekanan dan kekeliruan yang tidak perlu,” kata sumber GRS yang enggan dikenali.
Kerjasama antara PH dan BN juga berdepan masalah. Walaupun BN sebelum ini menyatakan rundingan dengan PH hampir selesai, beberapa kawasan menunjukkan tanda-tanda pertindihan.
PH pula mengekalkan rundingan berasingan dengan GRS dan BN - keadaan yang digambarkan media sebagai “cinta tigasegi”
Hari pengundian ditetapkan pada 29 November dan hari penamaan calon pada 15 November, namun kempen tidak rasmi sudah pun bermula sejak pembubaran DUN pada 6 Oktober, dengan pengumuman awal daripada para pemimpin politik semakin merumitkan keadaan.
[Berita penuh menyusul]





