Pelakon sensasi Indonesia, Nikita Mirzani bakal mengemukakan rayuan selepas dijatuhkan hukuman penjara empat tahun dan denda RM300,000 (Rp1 miliar) dalam kes pemerasan terhadap usahawan kosmetik terkenal, Reza Gladys.
Artikel Berkaitan: Nikita Mirzani Dakwa Jadi Mangsa Dera, Bongkar Sisi Gelap Bekas Teman Lelaki?
Artikel Berkaitan: Mengamuk Di Balai Polis, Nikita Mirzani Tak Puas Hati Kena Tahan Reman 20 Hari – ‘Anda Semua Jahat’
Dipenjara 4 tahun
Dalam sidang penghakiman, Nikita atau nama lengkapnya Nikita Mirzani Mawardi, 39, tidak terbukti secara sah dan meyakinkan melakukan kesalahan pencucian wang, namun terbukti bersalah atas tuduhan pemerasan dan pencemaran nama baik.
Kecewa? Tidak juga, biasa saja. Tapi kalau banding, pasti.
Nikita juga mengakui tiada perkara yang perlu disesali daripada keputusan Majlis Hakim tersebut. Malah yakin masih wujud peluang untuk mengemukakan rayuan, kasasi dan peninjauan semula pada masa akan datang.
Tiada yang perlu ditangisi, tiada yang perlu disesali. Semuanya, nanti kita serahkan kepada peguam kerana masih ada proses banding, kasasi, dan PK. Kita lihat saja nanti.
Terdahulu, Reza Gladys membuat laporan terhadap Nikita Mirzani di Polda Metro Jaya pada Disember 2024 atas kes pemerasan melalui ITE dan TPPU, dengan nilai dakwaan sebanyak Rp4 miliar.
Dalam sidang penghakiman, Ketua Hakim Kairul Soleh menyatakan Nikita Mirzani sah dan meyakinkan bersalah atas tuduhan melakukan jenayah dengan sengaja dan tanpa hak mengedarkan atau menyiarkan maklumat elektronik atau dokumen elektronik, dengan tujuan menguntungkan diri sendiri atau pihak lain secara haram.
Hakim menjatuhkan hukuman penjara empat tahun serta denda Rp1 miliar, dengan ketentuan jika denda tidak dibayar, ia diganti dengan hukuman penjara tiga bulan.
Tempoh penahanan yang telah dijalani Nikita sejak penangkapan pada 4 Mac 2025 di Rutan Pondok Bambu turut dikurangkan daripada hukuman yang dijatuhkan, namun dia tetap akan ditahan.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Nikita Mirzani Tersenyum Dijatuhi Hukuman, Tak Menyesal Dipenjara 4 Tahun – ‘Tiada Apa Perlu Ditangisi’ first appeared on OHBULAN!.





