Pelakon jelita, Anzalna Nasir memberikan respon selepas seorang individu dengan berani menyatakan hasrat untuk menjadi madunya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anzalna Nasir Seloroh Suruh Suami Tidur Luar, Respon Anak Bikin Netizen Ketawa – ‘Mummy Nak Duit Ke Tak Nak?’
Artikel Berkaitan: Anzalna Nasir Dedah ‘Followers’ Makin Meningkat – ‘Hati Mereka Baik, Tak Boikot Pun’
Jadi madu
Menerusi perkongsian semula TikTok, difahamkan individu tersebut adalah salah seorang warganet yang meninggalkan komen ketika Anzalna menjalankan sesi siaran langsung.
Menurut Anzalna atau nama lengkapnya Nur Anzalna Md. Nasir, 37, individu berkenaan mahu menjadi isteri kedua dan berkongsi resipi dengannya.
Dia kata dalam Islam lelaki boleh kahwin empat dan bila jadi madu, kita boleh kongsi resipi.
Macam resipi kau sedap.
Apa masalah dia, nak jadi madu saya semata-mata nak kongsi resipi? Tak payah.
Yang awak nak sangat suami saya kenapa?
Kena jaga suami

Dalam pada itu, pelakon drama Memori Cinta Suraya tersebut menegaskan tentang tanggungjawab isteri untuk menjaga keperluan suami.
Susahlah, kalau kita terlebih jaga suami, mulalah orang (nak suami kita). Kalau tak jaga, nanti mengata kita tak pandai jaga suami.
Nak je suruh suami pakai wangi-wangi tapi risau pula nanti perempuan lalu sebelah dia terpikat pula.
Jadi serba salah, tapi tetap kena jaga suami kita.
Sekadar info, Anzalna dan suami, Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada tahun 2016.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Anzalna Nasir ‘Sound’ Individu Tawar Diri Jadi Madu, Siap Nak Kongsi Resipi – ‘Yang Nak Sangat Suami Saya Kenapa? first appeared on OHBULAN!.



#capcut #anzalna #fyp #pageforyou #abcxyz 

