34 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hisham Rais bukan subjek siasatan – SKMM

    Shopee Sale

    Aktivis Hishammuddin Rais bukan subjek siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

    Sebaliknya, kata badan kawal selia multimedia itu, keterangannya diambil bagi membantu siasatan susulan kandungan jelik yang dipercayai dikongsi semula di blognya.

    “Tiada sebarang penahanan atau sitaan perananti dibuat, dan siasatan telah selesai pada pukul 6.45 petang,”kata SKMM.

    Dalam kenyataan hari ini, SKMM berkata, sebarang siasatan terhadap mana-mana individu dijalankan berlandaskan peruntukan undang-undang.

    SKMM juga mengesahkan mereka, dengan kerjasama polis, merakam percakapan Hishamuddin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, Kuala Lumpur, pada pukul 3.15 petang.

    Tanpa mendedahkah butiran lanjut, SKMM berkata  siasatan itu bagi membantu siasatan berkaitan “satu kes”.

    MENARIK:  Dewan Rakyat lulus bacaan kedua Belanjawan 2026

    Zaid Malek, peguam Hishammuddin, bagaimanapun sebelum ini berkata siasatan itu berkaitan tulisan berkaitan status kesihatan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah