30.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Himpunan antirasuah: Menteri tegaskan kebenaran perlu bagi berkumpul

    Shopee Sale

    Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail menolak kebimbangan yang diluahkan oleh penganjur perhimpunan antirasuah yang akan datang mengenai syarat-syarat keperluan yang dikenakan oleh polis.

    Polis sebelum in I mengarahkan penganjur supaya mendapatkan kebenaran daripada pemilik premis tempat mereka akan berkumpul.

    Bercakap kepada media, Saifuddin mempersoalkan sama ada terdapat mana-mana tempat awam yang boleh dianggap sebagai tiada pemilik.

    “Adakah Dataran Merdeka mempunyai pemilik? Ya, memang ada. Jadi, minta kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dahulu.

    “Jika di luar Sogo, dapatkan kelulusan daripada pemilik Sogo. Itu yang disyaratkan oleh undang-undang,” katanya.

    Semalam, penganjur perhimpunan anti-rasuah 25 Jan ini melahirkan rasa terkejut dengan arahan polis meminta mereka mendapatkan persetujuan daripada pemilik premis.

    Perhimpunan itu akan dimulakan di luar pusat beli-belah Sogo di Kuala Lumpur sebelum berarak menuju ke Dataran Merdeka.

    Saifuddin menjelaskan bahawa penganjur perhimpunan perlu memahami sepenuhnya keperluan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 apabila merancang mengadakan demonstrasi.

    “Di bawah akta itu, tanggungjawab tiga pihak ditakrifkan dengan jelas: polis, penganjur, dan peserta,” katanya.

    MENARIK:  Polis, MCMC geledah bengkel Scrut Auto lebih 5 jam

    Jelasnya, penganjur perlu merujuk akta tersebut untuk memahami tugas mereka termasuk keperluan memaklumkan kepada pihak polis.

    “Apabila dimaklumkan, polis boleh melaksanakan perananan mereka iaitu memudahkan perhimpunan itu,” katanya lagi.

    Keperluan 'diterangkan dengan jelas'

    Saifuddin menegaskan, sekiranya penganjur sudah biasa dengan keperluan ini, tidak perlu ada sebarang aduan atau persoalan mengapa peruntukan tertentu wujud.

    "Semuanya dinyatakan dengan jelas dalam akta itu," katanya.

    “Sebagai contoh, peserta tidak dibenarkan membawa kanak-kanak ke perhimpunan itu. Akta itu menyebut bahawa kanak-kanak di bawah umur adalah dilarang, dan berbuat demikian akan menjadi satu kesalahan.

    “Jadi, jika kanak-kanak dibawa bersama dan polis mengambil tindakan, jangan nanti dakwa tiada kebebasan berhimpun. Akta ini sudah menggariskan perkara ini,” jelasnya.

    Kesimpulannya, Saifuddin menggesa penganjur menyemak semula tanggungjawab mereka dan peserta secara menyeluruh.

    "Saya yakin polis akan menggunakan kuasa mereka selaras dengan peruntukan akta itu," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah