30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Himpunan aman: Izin pemilik tempat tak lagi diperlukan

    Shopee Sale

    PARLIMEN | Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini memberitahu Dewan Rakyat, kerajaan bersetuju untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 dengan menghapuskan syarat bagi penganjur perhimpunan mendapatkan kebenaran pemilik tempat perhimpunan diadakan.

    Anwar berkata pindaan itu akan memudahkan mana-mana kumpulan yang berniat untuk mengadakan perhimpunan aman.

    “Ini bermakna keperluan untuk mendapatkan kelulusan daripada pemilik premis, seperti yang disebut di bawah beberapa seksyen, akan dipinda dan diketepikan.

    “Seksyen 11 akta yang memerlukan kelulusan daripada pemilik premis atau penduduk, yang dipertikaikan sekarang, ini akan dikeluarkan daripada peraturan sedia ada,” kata Anwar semasa Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

    MENARIK:  PANDUANKINI | Menyorot isu usir kuil Hindu di tengah KL

    Dengan cadangan pindaan itu, Anwar berkata, semua siasatan yang sedang dijalankan di bawah seksyen 11 akta itu akan dihentikan, termasuk penganjur dua perhimpunan baru-baru ini.

    Ia melibatkan himpunan antirasuah yang diketuai pelajar di Kuala Lumpur pada bulan lalu, serta protes di luar Penjara Sungai Buloh baru-baru ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah