26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Henti tutup mulut kami atau anak muda sanggup ke jalanan’

    Shopee Sale

    Pemuda PAS hari ini memberi amaran kepada kerajaan  Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya mengendahkan suara pengkritiknya atau berdepan risiko dijatuhkan melalui protes jalanan.

    Berucap pada muktamar sayap itu di Temerloh, Pahang pagi ini, ketuanya Afnan Hamimi Taib Azamudden menyelar kerajaan persekutuan pimpinan Pakatan Harapan (PH) dan BN yang didakwanya cuba menutup mulut para pembangkang.

    “Dulu dia (PH) sanggup tidur di jalan raya untuk bersuara, kini setelah diberi kuasa, menjadi sang penguasa yang zalim mengunci mulut rakyat, menangkap mangsa, membalas dendam kesumat yang sekian lama membara.

    “Wahai sang penguasa, kami ingin memberitahu kamu. Semakin kamu menutup mulut kami untuk bersuara menyatakan kebenaran, semakin tinggi semangat juang kami untuk bangkit melawan kemungkaran.

    “Kami tidak rela negara yang tercinta ini dilacurkan oleh nafsu buas kamu yang songsang. Kami rela mati perjuangkan kebenaran sampai beroleh kemenangan.

    “Kalau perlu, kalau kamu tidak endahkan suara kami ini, kalau kamu masih bertindak seperti lembu kenyang memekakkan telinga, kami anak muda Malaysia sanggup turun ke jalan raya seperti kamu buat dahulu untuk menjatuhkan kamu menyedarkan rakyat dan merampas kembali kerajaan daripada kamu,” katanya.

    MENARIK:  Tokan tumpas, lebih 2kg dadah disorok dalam kereta

    Terdahulu dalam ucapannya, Afnan Hamimi yang merupakan ahli parlimen Alor Setar, membangkitkan isu "tindakan keterlaluan" yang diambil oleh kerajaan terhadap mereka yang mengkritik dasar-dasarnya.

    Menurutnya, ada antara mereka malah ditahan dan alat komunikasi mereka dirampas oleh pihak berkuasa kerana bersuara.

    Afnan Hamimi turut merujuk kepada kemerosotan Indeks Kebebasan Akhbar Dunia tahun ini, yang menurutnya menandakan keadaan semakin buruk dalam hal kebebasan bersuara.

    “Kerajaan Madani telah menjadi lebih kuku besi, walaupun (beberapa pemimpin mereka) menjadi juara untuk kebebasan akhbar, memperjuangkan hak untuk bersuara, malah mereka membawanya ke jalan dengan beberapa orang tidur di tepi jalan untuk tujuan itu..."

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah